26 Lokasi Wabak Anjing Gila di Sarawak?

TULAR:

 PENJELASAN :

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat 26 lokasi di Sarawak termasuklah kawasan Mukah dan Miri yang telah dijangkiti wabak rabies atau anjing gila.

Sumber gambar: Utusan Borneo.

Menurut JPBN, mengikut senarai rasmi Sekretariat JBPM, hanya 20 kampung di Serian, Tebedu, Sri Aman dan Kuching disahkan dijangkiti wabak rabies. Bagaimanapun, ada pihak tidak bertanggungjawab menyalin senarai itu dan menambah lokasi baharu wabak itu menjadi 26 sehingga ke Bahagian Mukah dan Miri.

Jurucakap Sektetariat JPBN berkata, perbuatan itu boleh mencetuskan panik apabila lokasi yang didakwa berlaku jangkitan wabak itu terlalu jauh dari Serian, kawasan yang terjejas teruk akibat wabak berkenaan.

SUMBER :

Berita Harian