Aktiviti Rogol Dan Jual Organ Di UiTM Jengka?

TULAR:

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa wujud aktiviti rogol dan penjualan organ dilakukan penuntut UiTM Jengka, Mohd Afiq Rosli.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Polis menafikan sebaran maklumat kononnya wujud aktiviti rogol dan penjualan organ dilakukan penuntut UiTM Jengka, Mohd Afiq Rosli

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Mazlan Hassan berkata, tiada laporan polis dibuat hingga kini membabitkan jenayah yang dilakukan lelaki berkenaan di daerah Maran dan mengesahkan bahawa ia palsu (sebaran maklumat yang tular).

SUMBER : 

Harian Metro