Amaran Dari IPD Ampang Mengenai Modus Operandi Rompakan di Majlis Kahwin?

TULAR:

PALSU :

Tersebar luas di media sosial kononnya terdapat makluman awam dari Ibu Pejabat Polis Ampang tentang modus operandi perompak yang mensasarkan majlis-majlis kahwin dengan mendakwa bahawa kenderaan mangsa telah menghalang kenderaan mereka, sebelum mangsa dirompak.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Hamzah Alias berkata, IPD Ampang tiada kaitan dengan mesej tular yang mendakwa wujudnya modus operandi (M.O) yang menyatakan tindakan perompak membuat jenayah di majlis-majlis kahwin seperti yang didakwa dalam mesej tular menerusi aplikasi whatsapp.

Menurut beliau, setakat ini, tiada kejadian seperti itu berlaku. Ia juga mungkin sukar dilakukan penjenayah kerana berada di tengah-tengah orang ramai. Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan menyebarkan maklumat tidak tepat.

 

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia