Ayam Dijual di Tesco Setia Alam Tidak Disembelih?

TULAR:

PALSU :

Tular di media sosial sebuah video yang mendakwa bahawa ayam yang dijual di pasaraya Tesco Setia Alam tidak disembelih.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan berkata, video tersebut yang pernah tular pada 29 Julai 2014 dan kini ia tular kembali. Jakim menjelaskan, berdasarkan rakaman video yang tular tersebut, didapati bahawa keadaan ayam yang digambarkan seperti tidak disembelih itu sebenarnya terkesan daripada hasil tindakan menarik kepala ayam (head puller) hingga menyebabkan kulit lehernya tertarik panjang. Perkara itu telah menampakkan seperti tiada sembelihan dilakukan.

 

Walau bagaimanapun, tambahnya, produk ayam jenama PTS tersebut adalah dari pusat sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah, iaitu Kerabat Processing House (Pedas) Sdn. Bhd dan pengguna tidak perlu gusar dengan dakwaan yang tular tersebut.

Menurut Jakim,

SUMBER :

Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM

Twitter Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

MStar