Doktor Tidak Beri Suntikan Vaksin Walaupun Setelah Digigit Anjing?

TULAR:

PENJELASAN :

Kementerian Kesihatan memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat mereka yang tidak diberikan suntikan vaksin walaupun setelah digigit anjing, yang dikhuatiri boleh menyebabkan jangkitan rabies, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Bernama.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, tuduhan bahawa doktor tidak mahu memberi suntikan vaksin kepada mangsa yang digigit haiwan adalah tidak benar. Katanya, pendirian kementerian adalah jelas iaitu jika mangsa digigit oleh anjing dalam kawasan jangkitan rabies yang ditetapkan, maka suntikan vaksin akan diberikan.

“Tetapi, jika di luar kawasan jangkitan, maka tiada suntikan vaksin akan diberikan kerana ia bukan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai kami. “Namun, segala keputusan akan ditentukan oleh doktor, sama ada mangsa itu perlu diberikan vaksin atau tidak,” katanya.

SUMBER :

Facebook Bernama

Facebook Bernama Radio

Berita Harian

The Star