E-Mel Untuk Semak Bayaran Balik Lebihan Cukai Pendapatan?

TULAR:
16431

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan e-mel yang kononnya dihantar oleh pihak bank, yang mengkehendaki pembayar cukai klik di pautan yang disediakan bagi menyemak bayaran balik lebihan cukai pendapatan daripada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sumber gambar: LHDN.

LHDN dalam satu kenyataan berkata bayaran balik lebihan cukai pendapatan yang berjaya diproses berdasarkan maklumat yang betul akan dikreditkan terus oleh pihaknya ke akaun bank pembayar cukai menerusi ‘Electronic Fund Transfer’ (pindahan dana secara elektronik) atau Baucar Bayaran Balik Cukai dan Cek Berpalang.

Menurut kenyataan itu, bayaran balik cukai pendapatan bagi mereka yang mempunyai akaun di luar negara pula akan dikreditkan menerusi pindahan telegrafik.

LHDN menasihatkan semua pembayar cukai agar berhati-hati dan tidak memberikan maklum balas terhadap sebarang arahan dalam e-mel tersebut.

SUMBER :

Laman Web Lembaga Hasil Dalam Negeri

Facebook Lembaga Hasil Dalam Negeri

MStar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI