Enam Kantin Hospital Diarah Tutup?

TULAR:
987
Big build hospital (done in 3d)

PENJELASAN :

Kementerian Kesihatan Malaysia memperjelaskan dakwaan bahawa enam kantin atau kafeteria di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menteri Kesihatan Datuk Seri S.Subramaniam berkata enam kantin itu diarahkan tutup sementara selepas pemeriksaan kebersihan rutin dan operasi berkala dilakukan terhadap 144 kantin hospital di seluruh negara sehingga 30 Jun lepas oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan.

Kantin berkenaan, yang dikenakan tindakan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, terletak di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang; Hospital Muar dan Hospital Pulai di Johor; Hospital Shah Alam dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, Selangor; dan Pusat Rehabilitasi Cheras, Wilayah Persekutuan.

“Selepas pemeriksaan sekali lagi dilakukan dan mendapati kebersihan mencapai tahap tinggi, semua kantin berkenaan dibuka semula kecuali HTAR…ia tidak ditutup secara kekal,” katanya dalam sidang media.

Kantin HTAR di Klang ditutup selama dua minggu sehingga 1 Sept ini atas faktor kebersihan susulan penyebaran sebuah video selama 32 saat yang memaparkan seekor tikus menarik makanan keluar dari bekas di kaunter lauk-pauk.

SUMBER :

Kementerian Kesihatan Malaysia

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI