Gangguan Bekalan Air Selama 30 Jam Di Klang?

TULAR:

PENJELASAN : 

Syarikat Bekalan Air Selangor memperjelaskan kenyataan bahawa kawasan Klang dan Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air selama 30 jam sepertimana yang dilaporkan di media.

Gambar hiasan. Sumber gambar : TV14

Syarikat Bekalan Air Selangor SYABAS, memperjelaskan bahawa dalam usaha menambahbaikan perkhidmatan air kepada pelanggan di Klang, kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air di hadapan Kilang Mapletree, bersebelahan Sg. Damansara dan persimpangan Seksyen 25, Klang akan dilaksanakan pada 10 Ogos 2017.

Beberapa kawasan di Klang akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 8:00 pagi, 10 Ogos 2017 sehingga 2:00 petang, 11 Ogos 2017 semasa kerja–kerja penggantian perkakasan dijalankan.

SUMBER :

Syarikat Bekalan Air Selangor SYABAS