Genting Berhad Beli 400 Juta Unit Saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH)?

TULAR:

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Genting Berhad membeli 400 juta unit saham FGVH dan kini FGVH dikuasai oleh Genting Berhad.

Gambar hiasan. Sumber: Google

SEBENARNYA :

Felda menafikan bahawa 400 juta unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) kini dimiliki oleh Genting Berhad.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, semasa proses pra-IPO, tiada saham yang diperuntukkan kepada Genting Berhad dan mengikut peraturan Bursa Malaysia, mana-mana pemilikan baru saham yang melebihi 5 peratus perlu diumumkan melalui laman Pengumuman Bursa Malaysia.

SUMBER :

Utusan Online