IJN Keluar Status Surat Jaminan, Tidak Terima Ibu Bapa dan Pasangan Kakitangan Kerajaan?

TULAR:

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Institut Jantung Negara (IJN) mengeluarkan status mengenai surat jaminan (Guarantee Letter) yang mana kemudahan perubatan tidak lagi diberikan kepada ibu bapa dan pasangan kakitangan kerajaan.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

IJN menafikan mengeluarkan kenyataan berhubung isu surat jaminan (GL) yang didakwa dikeluarkan oleh IJN atau kakitangannya.

Sebaliknya IJN memaklumkan institut perubatan berkenaan sedia berkhidmat untuk semua kategori pesakit yang mendapatkan rawatan berdasarkan polisi perlindungan kesihatan ditetapkan oleh majikan ke atas pekerja dan/atau tanggungan mereka.

“Kami ingin memaklumkan bahawa Institut Jantung Negara Sdn Bhd adalah sebuah entiti korporat yang beroperasi di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan). IJN merupakan sebuah hospital swasta milik kerajaan sejak penubuhannya pada tahun 1992.

“Sebagai hospital tertiari, IJN menerima semua jenis surat jaminan dari semua agensi kerajaan sama ada persekutuan, negeri ataupun badan berkanun, syarikat swasta dan juga pesakit persendirian yang datang ke IJN sendiri,” menurut kenyataan berkenaan.

SUMBER :

Facebook Institut Jantung Negara (1)

Facebook Institut Jantung Negara (2)

Bernama (1)

Bernama (2)

Astro Awani (1)

Astro Awani (2)