BERITA PILIHAN


  • MCMC Dan KDN Rakam Serta Pantau Semua Panggilan Telefon Dan Perbualan Media Sosial Rakyat Malaysia?

Pasar Raya Jual Ayam Ditebuk Leher?

TULAR :

Tular di media sosial dakwaan bahawa sebuah pasar raya yang menjual ayam yang hanya ditebuk leher yang dipercayai tidak disembelih mengikut kaedah Islam.

Sumber gambar: Facebook


SEBENARNYA :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan sebuah pasar raya telah menjual ayam yang ditebuk leher dan disembelih tidak mengikut kaedah Islam.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Muhammad Naim Mohd Aziz berkata, pihaknya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memeriksa pasar raya berkenaan dan mendapati ayam yang diperoleh dan dijualnya adalah halal dan mematuhi syarak.

SUMBER :

Sinar Harian