BERITA PILIHAN


  • MCMC Dan KDN Rakam Serta Pantau Semua Panggilan Telefon Dan Perbualan Media Sosial Rakyat Malaysia?

ATM Keluarkan Arahan Supaya Warga Pekan Keluar Kawasan Kerana Banjir Besar Akan Melanda?

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengeluarkan arahan supaya rakyat Pekan, Pahang keluar serta-merta dari daerah Pekan kerana banjir besar akan melanda.

Sumber Gambar: Whatsapp


SEBENARNYA :

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan mengeluarkan arahan menerusi aplikasi Whatsapp supaya penduduk di Pekan keluar dari daerah itu berikutan limpahan air yang naik mendadak dan akan menyebabkan banjir buruk dalam tempoh 24 jam.

Menurut kenyataan media Sel Perhubungan Raya Tentera Darat , ATM tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian dan menjelaskan semua agensi terbabit terutama ATM sentiasa menggerakkan anggota serta asetnya ke lokasi terjejas akibat bencana banjir.

SUMBER : 

Berita Harian

Facebook Kementeria Pertahanan Malaysia