BERITA PILIHAN


  • Selamat Hari Raya

Bantuan RM2500 Kepada Setiap Pencarum KWSP?

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tetap layak menuntut RM2500 dalam tempoh 6 bulan tanpa mengira jumlah wang yang ada di KWSP.

Sumber Gambar: KWSP

SEBENARNYA:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan maklumat  yang disebarkan mengenai bantuan sebanyak RM2500 daripada KWSP setiap enam bulan adalah tidak benar.

Pihak KWSP menasihatkan supaya ahli serta masyarakat menghindar daripada menyebarkan maklumat yang tidak benar kerana ia merupakan satu kesalahan kerana mengelirukan orang awam.

SUMBER:

Siaran Media KWSP