BERITA PILIHAN


  • MCMC Dan KDN Rakam Serta Pantau Semua Panggilan Telefon Dan Perbualan Media Sosial Rakyat Malaysia?

Ayam Di Econsave Didakwa Tidak Disembelih Mengikut Syarak?

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat isu penyembelihan ayam yang tidak mengikut syarak di Econsave Jalan Reko, Kajang.

Sumber gambar : Whatsapp


SEBENARNYA :

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama pegawai pemantauan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membuat pemeriksaan terhadap pasaraya tersebut dan mendapati bahawa keadaan ayam yang digambarkan seperti tidak disembelih itu sebenarnya adalah kesan daripada hasil tindakan menarik kepala ayam (head puller) hingga menyebabkan kulit lehernya tertarik panjang.

Produk ayam yang dijual di Econsave Jalan Reko, Kajang ini dikenal pasti diambil daripada dua pusat sembelihan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

SUMBER :

Facebook Rasmi JAKIM