BERITA PILIHAN


  • MCMC Dan KDN Rakam Serta Pantau Semua Panggilan Telefon Dan Perbualan Media Sosial Rakyat Malaysia?

Sultan Johor Larang Kanak-Kanak Bawah 18 Tahun Berkeliaran Tanpa Pengawasan Selepas 10 Malam?

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa DYMM Sultan Johor telah mengeluarkan arahan melarang kanak-kanak di bawah 18 tahun untuk berkeliaran tanpa pengawasan orang dewasa selepas jam 10 malam.

Arahan tersebut kononnya dikeluarkan berikutan kejadian kemalangan maut yang melibatkan kanak-kanak berbasikal di Johor.

Sumber Gambar: Facebook


SEBENARNYA :

Pihak Istana Johor melalui akaun rasmi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, menafikan bahawa DYMM Sultan Johor ada mengeluarkan arahan tersebut.

SUMBER :

Laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar