BERITA PILIHAN


  • MCMC Dan KDN Rakam Serta Pantau Semua Panggilan Telefon Dan Perbualan Media Sosial Rakyat Malaysia?

Kadar Denda JPJ Dinaikkan 1 Mac 2017?

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menaikkan kadar denda terhadap beberapa kesalahan, bermula 1 Mac 2017.

Di antara kesalahan-kesalahan yang disebut ialah kesalahan meriba kanak-kanak ketika memandu, memandu dalam keadaan mabuk, menggunakan telefon ketika memandu, merokok ketika memandu, dan tidak memakai tali pinggang keledar.

Gambar Hiasan. Sumber: MStar.

SEBENARNYA :

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan tular mengenai denda baharu berkaitan penguatkuasaan trafik yang didakwa bermula Rabu, 1 Mac 2017.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siron ketika dihubungi Bernama berkata, mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari lepas itu adalah tidak benar.

SUMBER :

Bernama

MStar

Sinar Harian