BERITA PILIHAN


  • MCMC Dan KDN Rakam Serta Pantau Semua Panggilan Telefon Dan Perbualan Media Sosial Rakyat Malaysia?

Mereka Yang Telah Daftar Perniagaan Dengan SSM Tidak Layak Terima BR1M?

PALSU :

Tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp mengenai dakwaan bahawa mereka yang telah mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Gambar hiasan. Sumber: Blogspot


SEBENARNYA :

Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memperjelaskan bahawa dakwaan kononnya sesiapa yang telah mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), adalah tidak benar.

Di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, pemilik perniagaan tidak perlu menyerahsimpan penyata kewangan di SSM. Oleh itu, tidak timbul sebarang isu bahawa penolakan BR1M ini adalah berkaitan dengan pendaftaran perniagaan di SSM kerana tiada apa-apa maklumat yang dapat SSM salurkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melainkan perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pemohon kepada LHDNM.

SUMBER :

Facebook SSM