BERITA PILIHAN


  • MCMC Dan KDN Rakam Serta Pantau Semua Panggilan Telefon Dan Perbualan Media Sosial Rakyat Malaysia?

Pesawat TUDM Terhempas Di Butterworth?

PALSU :

Tular di media sosial kononnya seorang pengguna Facebook ternampak percikan api dan asap tebal serta mendakwa jet terhempas di kawasan sawah padi berhampiran Lebuh Raya Utara Selatan di Sungai Dua pada 12 Mac 2017.

Sumber Gambar: Harian Metro


SEBENARNYA :

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)  menafikan pesawatnya terhempas ketika terbang di ruang udara Sungai Dua seperti yang tular di laman sosial Facebook.

Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, kejadian seumpama itu tidak berlaku sebaliknya pihaknya sedang menjalankan latihan sempena pembukaan dan pertunjukan udara menjelang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 17.

SUMBER :

Bernama

Sinar Harian