Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Gering?

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzan Shah sedang gering. Turut serta di dalam mesej yang menjadi tular tersebut adalah sepucuk surat dikatakan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah memaklumkan kepada semua imam di daerah berkenaan supaya mengadakan solat hajat.

Sumber gambar : Whatsapp


SEBENARNYA :

Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Bijaya Indera, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah pada 7 April 2017 telah menafikan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sedang gering.

Beliau berkata, mesej tersebut disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang suka menambah cerita untuk ditularkan.

SUMBER : 

Bernama

Berita Harian