BERITA PILIHAN


  • MCMC Dan KDN Rakam Serta Pantau Semua Panggilan Telefon Dan Perbualan Media Sosial Rakyat Malaysia?

KDN Keluarkan Peraturan Komunikasi Baharu?

PALSU :

Tersebar luas di media sosial dakwaan kononya semua panggilan telefon dan perbualan media sosial rakyat Malaysia  direkod dan dipantau pihak Kerajaan ekoran pengenalan peraturan komunikasi baharu oleh pihak Kementerian Dalam Negeri.

Sumber gambar: Whatsapp

SEBENARNYA :

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah mengeluarkan peraturan komunikasi baharu termasuk merakam semua panggilan telefon atau memantau media sosial orang ramai di negara ini.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim, menegaskan bahawa mesej palsu yang sedang dikitar semula di media sosial tiada kaitan dan bukan dikeluarkan oleh KDN.

SUMBER :

Twitter rasmi KDN

Laman Facebook rasmi KDN

Bernama