BERITA PILIHAN


  • Selamat Hari Raya

Keadaan Kesihatan Sultan Pahang Berada Dalam Keadaan Membimbangkan?

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa keadaan kesihatan DYMM Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, berada dalam keadaan membimbangkan.

 

Sumber gambar: WhatsApp


SEBENARNYA :

Istana Pahang menafikan keadaan kesihatan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah berada dalam keadaan membimbangkan.

Menurut Setiausaha Sulit Khas Kepada Sultan Pahang Lt Kol (B) Nor Hashim Abdul Aziz pekeliling yang kononnya datang dari Istana Abu Bakar dengan memetik Pengelola Bijaya Diraja yang menjunjung titah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, meminta semua keraian dan bentuk hiburan kerajaan ditiadakan ekoran keadaan kesihatan Sultan Pahang itu, sebenarnya adalah palsu.

SUMBER : 

Bernama