BERITA PILIHAN


  • Selamat Hari Raya

Mesin ATM Seluruh Negara Ditutup Akibat Serangan ‘Ransomware’?

PALSU :

Tersebar luas di media sosial dakwaan kononnya mesin juruwang automatik (ATM) di seluruh negara akan ditutup selama dua hingga tiga hari berikutan serangan siber ‘ransomware’ .

Versi 1 :

Sumber gambar: WhatsApp

 Versi 2 :

Sumber gambar: WhatsApp


SEBENARNYA :

Kementerian Komunikasi dan Multimedia menafikan dakwaan kononnya mesin juruwang automatik (ATM) akan ditutup selama dua hingga tiga hari akibat serangan siber ‘ransomware‘ di India.

Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari, berkata dakwaan berkenaan yang mula tersebar melalui laman sosial khususnya WhatsApp, terbukti palsu selepas siasatan dijalankan pihaknya.

Dalam pada itu, Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) menyatakan bahawa mesej elektronik mengenai gangguan terhadap perbankan dalam talian/Internet dan perkhidmatan pengeluaran wang automatik (ATM) kemungkinan disebabkan serangan ransomware, yang tular di media sosial sekarang ini adalah tidak benar,

Persatuan itu berkata, bank yang menawarkan perbankan dalam talian/Intenet dan perkhidmatan ATM kini beroperasi seperti biasa.

“Manakala sesetengah bank di seluruh negara mungkin mengalami gangguan sekali-sekali dalam tempoh ini. Gangguan perkhidmatan ATM itu mungkin disebabkan masalah penyelenggaran biasa seperti keperluan pengisian semula mesin atau pengurusan sistem rutin,” katanya.

Selain itu, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (National Cyber Coordination and Command Centre (NC4)) telah mengeluarkan amaran dan nasihat kepada orang awam serta organisasi, yang menjelaskan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil dan panduan bagi melindungi sistem masing-ma­sing daripada ancaman ransomware WannaCry.

SUMBER :

Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Berita Harian

ABM