BERITA PILIHAN


  • Selamat Hari Raya

Serangan ‘Ransomware’ Telah Merebak Ke Platform Perbankan Dan Pembelian Dalam Talian?

PALSU :

Tersebar di media sosial amaran kononnya serangan siber ‘ransomware’ telah merebak ke platform perbankan dan pembelian dalam talian di Malaysia.

Sumber gambar: WhatsApp


SEBENARNYA :

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab, selaku individu yang dipapar di dalam mesej tular berkenaan, menafikan ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Dalam pada itu, Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) menyatakan bahawa mesej elektronik mengenai gangguan terhadap perbankan dalam talian/Internet dan perkhidmatan pengeluaran wang automatik (ATM) kemungkinan disebabkan serangan ransomware, yang tular di media sosial sekarang ini adalah tidak benar,

Persatuan itu berkata, bank yang menawarkan perbankan dalam talian/Intenet dan perkhidmatan ATM kini beroperasi seperti biasa.

“Manakala sesetengah bank di seluruh negara mungkin mengalami gangguan sekali-sekali dalam tempoh ini. Gangguan perkhidmatan ATM itu mungkin disebabkan masalah penyelenggaran biasa seperti keperluan pengisian semula mesin atau pengurusan sistem rutin,” katanya.

Selain itu, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (National Cyber Coordination and Command Centre (NC4)) telah mengeluarkan amaran dan nasihat kepada orang awam serta organisasi, yang menjelaskan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil dan panduan bagi melindungi sistem masing-ma­sing daripada ancaman ransomware WannaCry.

SUMBER :

Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Bernama

The Star

ABM