BERITA PILIHAN


  • MCMC Dan KDN Rakam Serta Pantau Semua Panggilan Telefon Dan Perbualan Media Sosial Rakyat Malaysia?

Jet Pejuang Gugur Bom Di Sungai Muar?

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan kononnya sebuah jet pejuang telah menggugurkan bom di Sungai Muar.

Sumber gambar: MyMetro.


SEBENARNYA :

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 60-an ditahan kerana dipercayai menyebarkan berita palsu dalam media sosial kononnya sebuah jet pejuang milik tentera sebuah negara yang berlegar di ruang udara di daerah Muar menggugurkan sebutir bom di Sungai Muar.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, suspek ditahan di sekitar daerah ini bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan lengkap berkaitan penyebaran berita tersebut.

Polis daerah ini meminta orang ramai untuk menghentikan penyebaran maklumat yang tidak tepat berkaitan pesawat pejuang tersebut.

Sejak beberapa hari lalu, satu rakaman suara berserta sebuah kenyataan ringkas milik seorang individu yang tidak dikenali identitinya menjadi tular dalam aplikasi WhatsApp apabila mendakwa beberapa jet pejuang milik Korea Utara berlegar di sekitar Muar dan Pagoh berikutan berniat untuk menjatuhkan bom di kawasan ini.

Bagaimanapun, tinjauan mendapati pesawat pejuang tersebut adalah milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Kuantan, Pahang yang membuat latihan penerbangan rendah di daerah ini.

SUMBER :

Utusan Online

Harian Metro