BERITA PILIHAN


  • Selamat Hari Raya

PLUS Tutup Kesemua Lorong Tambah Nilai Mulai 22 Jun?

PENJELASAN :

Pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS)memperjelaskan laporan berita bahawa   kesemua 134 lorong tambah nilai di plaza tol lebuh raya PLUS akan ditutup mulai 22 Jun 2017.

Gambar hiasan. Sumber gambar :  The Star

Pihak PLUS berkata bahawa lorong tambah nilai di plaza tol lebuhraya PLUS akan ditutup dari 22 Jun hingga 2 Julai 2017 bagi melancarkan pergerakan trafik pada cuti Hari Raya Aidilfitri. Menurut PLUS, penutupan selama 11 hari itu bertujuan mengurangkan kesesakan yang berpunca daripada pengguna lebuh raya yang beratur di lorong tambah nilai.

Sehubungan itu, PLUS mengingatkan orang ramai agar memastikan kad PLUS Miles atau Touch ‘n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi.

SUMBER:

Bernama