BERITA PILIHAN


  • Selamat Hari Raya

Waspada Kes Penipuan Urusan Jual Beli Dalam Talian

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati di dalam membuat urusan jual beli dalam talian. Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), pada tahun 2017, sejumlah 1,428 aduan berhubung penipuan urusniaga dalam talian telah diterima .

Gambar hiasan. Sumber : Blog Khairul

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata terdapat beberapa senario melibatkan penipuan atas talian seperti pesanan berbeza daripada barangan yang diterima, bermutu rendah, caj yang mahal dari apa yang tertera dalam iklan, serta berbagai-bagai kes lain yang dialami pembeli.

Para pengguna boleh merujuk dan membuat aduan kepada KPDNKK sekiranya menjadi mangsa tipu, atau memfailkan tuntutan ganti rugi di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk tindakan selanjutnya.

Beliau turut menasihatkan pengguna agar lebih berhati-hati semasa membuat urusniaga dalam talian antaranya dengan menyemak harga dan rekod penjual.

SUMBER :

KPDNKK

Bernama