Kanak-kanak Lelaki Berusia 10 Tahun Di Batu Tiga Diculik ?

TULAR:

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa kononya seorang pelajar lelaki berusia 10 tahun  dari Batu Tiga telah diculik. Pelajar tersebut  dikatakan hilang di hadapan rumahnya.

Sumber gambar : Facebook


SEBENARNYA :

Polis menafikan wujud kes culik membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Batu Tiga  yang menjadi tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut.

“Kita sahkan sehingga kini belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis daripada mana-mana mangsa berhubung kejadian itu,” kata beliau.

SUMBER : 

Bernama