LHDNM Wujudkan Laman Web Panduan Peperiksaan Dalam Talian?

TULAR:
761

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat beberapa laman web  Panduan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN 2017 yang diwujudkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi membantu calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan dalam talian bagi pegawai eksekutif.

Sumber gambar: Lembaga Hasil Dalam Negeri.

SEBENARNYA :

LHDNM menafikan mewujudkan laman-laman web contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDNM 2017.

Pihak LHDNM menegaskan bahawa laman web Panduan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN 2017 atau Rujukan Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 atau mana-mana laman web seumpamanya adalah bukan daripada LHDNM. Semua laman web tersebut tiada kaitan dengan peperiksaan online berkenaan dan ia dibangunkan oleh pihak lain yang berkemungkinan mempunyai motif tertentu daripada calon-calon yang layak menduduki peperiksaan online LHDNM

SUMBER :

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI