Majelis Ulama Indonesia Fatwa Haramkan Ajinomoto, Kandungan Mengandungi Khinzir?

TULAR:

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa syarikat pengeluar bahan penambah perisa Ajinomoto telah memohon maaf kepada umat Islam kerana telah menggunakan enzim babi dalam ramuannya, dan kononnya Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah mengeluarkan fatwa pengharaman produk makanan tersebut.

Sumber gambar: Bahagian Hab Halal Jakim.

SEBENARNYA :

Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan berkata, kenyataan yang mengaitkan Majelis Ulama Indonesia (MUI) terhadap pengesahan bahawa Syarikat Ajinomoto menggunakan sumber babi dalam pemprosesan produk adalah palsu.

Kenyataan turut memaklumkan bahawa penjelasan berkenaan isu itu pernah dibuat oleh Bahagian Hab Halal, JAKIM pada 29 Mei 2015 dan syarikat Ajinomoto (Malaysia) Berhad merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah dan telah melalui proses pemeriksaan dan pemantauan serta mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

(Artikel Berkaitan: Ajinomoto Mengandungi Kandungan Tidak Halal? )

SUMBER :

Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)