Murid Ditampar dan Ditendang Guru Sekolah Akibat Lewat?

TULAR:

PENJELASAN :

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Tawau memperjelaskan dakwaan bahawa seorang murid perempuan di sebuah sekolah di Tawau telah ditampar dan ditendang gurunya sehingga tidak dapat berdiri, akibat lewat masuk ke kelas, sepertimana yang tular di media sosial.

 

Sumber gambar: Berita Harian.

Menurut kenyataan dari pihak PDRM Daerah Tawau, murid perempuan tersebut yang mendakwa cedera akibat ditendang dan ditampar gurunya sebenarnya terjatuh sendiri ketika membeli makanan di luar kawasan sekolah. Katanya lagi, siasatan mendapati murid terbabit mereka-reka cerita mengenai kejadian itu kerana bimbang dimarahi ibu bapanya jika mendapat tahu perkara sebenar.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, keterangan semua saksi termasuk rakan sekelas murid terbabit juga konsisten menyatakan guru lelaki terbabit tidak melakukan perbuatan itu. Berikutan itu, katanya, pengadu iaitu ibu murid berkenaan telah menarik balik laporan polis yang dibuat  selain memohon polis tidak meneruskan siasatan. “Pengadu juga telah memohon maaf kepada guru terbabit dan pihak sekolah,” katanya.

SUMBER :

Berita Harian

The Star

The Borneo Post