Panggilan Dari 03-20719999 Tawar Selesaikan Kes Kemalangan?

TULAR:

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan panggilan telefon yang kononnya daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) yang menawarkan penyelesaian kes kemalangan dengan sejumlah wang.

Sumber gambar: Berita Harian.

Pihak JSPTKL tidak pernah berbuat demikian, kata Ketuanya, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain. Beliau berkata pihaknya menerima aduan berkaitan panggilan telefon menggunakan nombor 03-20719999 dan meminta penerima panggilan datang ke JSPTKL kerana telah terbabit dalam kemalangan. “Kemudian pemanggil akan mengarahkan penerima panggilan berkenaan untuk memasukkan sejumlah wang bagi menyelesaikan kes kemalangan mereka.

“JSPTKL tidak pernah mengenakan atau meminta apa-apa bayaran untuk diselesaikan berkaitan dengan kemalangan yang berlaku kecuali bayaran untuk salinan dokumen atas permohonan pengadu,” katanya. Bayaran dokumen itu pula, dikeluarkan resit rasmi kerajaan.

Nadzri berkata, jika orang awam terbabit dalam kemalangan dan membuat laporan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, panggilan hanya akan dibuat oleh Pegawai Penyiasat sekiranya pihak kedua tidak tampil membuat laporan kemalangan selepas tempoh 24 jam.

SUMBER :

Twitter Polis Diraja Malaysia

Berita Harian

The Star