Panggilan Telefon Daripada MCMC Meminta Orang Ramai Hadir Ke Program Keusahawanan?

TULAR:
928

WASPADA :

Orang ramai adalah digesa untuk berwaspada dengan sebarang panggilan daripada pihak tidak dikenali kononnya mewakili Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meminta orang ramai untuk hadir ke satu program keusahawanan mahupun meminta data peribadi individu.

MCMC menegaskan, pihaknya tidak pernah meminta mana-mana individu untuk menghubungi orang ramai bagi pihaknya untuk memaklumkan penganjuran program sedemikian mahupun meminta data peribadi daripada orang awam.

Kepada mereka yang menerima panggilan sedemikian daripada pihak yang tidak dikenali mendakwa mereka mewakili MCMC, segera laporkan perkara tersebut kepada pihak MCMC menerusi e-mel mereka di [email protected]; aduan hotline di 1800-188-030; WhatsApp di talian 016-2206 262 ataupun SMS SKMM Aduan ke 15888 untuk tindakan selanjutnya.

SUMBER :

Laman Rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Facebook Rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI