Penjual Krim Natural Progestrerones Memalsukan Dokumen?

TULAR:

PALSU :

Tular di media sosial satu dokumen berbentuk surat rasmi dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) yang mendakwa bahawa  produk Natural Progestrerones Cream telah dikelaskan oleh pihak BPFK, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber gambar : Portal Kementerian Kesihatan Malaysia


SEBENARNYA :

KKM  telah dimaklumkan berkenaan dokumen bertarikh 10 Julai 2017 dengan rujukan 100717/08/357 yang menggunakan kepala surat palsu bertulisan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Surat tersebut pada isi kandungannya menyatakan maklumat pengkelasan bagi produk Natural Progesterones Cream.

Pihak KKM dengan ini mengesahkan bahawa dokumen (surat) tersebut adalah palsu dan menafikan bahawa ia dikeluarkan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (sekarang dikenali sebagai Bahagian Regulatori Farmasi Negara atau NPRA).

SUMBER :

Kementerian Kesihatan Malaysia

Harian Metro