Perubahan Monsun, Bekalan Ikan Berkurangan?

TULAR:
575

PENJELASAN :

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memperjelaskan laporan bahawa berikutan perubahan monsun dari barat ke timur khususnya di pantai timur dan barat laut negara, bekalan ikan kini berkurangan.

Sumber gambar : Utusan Malaysia.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, meskipun jumlah tang­kapan ikan berkurangan ke­rana perubahan monsun daripada barat ke timur khususnya di pantai timur dan barat laut negara, namun bekalan tetap mencukupi berkat usaha berterusan Nekmat.

“Maklumat yang saya perolehi daripada Nekmat menjelaskan ke­tika ini bekalan ikan stabil iaitu sebanyak 880 metrik tan. Bekalan ini ada di semua pusat pe­ngumpulan persatuan itu.

“Saya juga ingin jelaskan ikan kembong di dalam simpanan Nekmat ialah sebanyak 45 me­trik tan. Jumlah ini sememang­nya mencukupi terutama ketika menghadapi musim perayaan,” katanya.

SUMBER :

Bernama

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI