Seramai 6000 Pensyarah Universiti Awam Diberhentikan?

TULAR:
1154

PENJELASAN :

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperjelaskan laporan bahawa hampir 6,000 pensyarah termasuk profesor diberhentikan dan tidak disambung kontrak perkhidmatan sepertimana yang dilaporkan media.

Gambar hiasan. Sumber gambar : Ismaweb.

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), jumlah pensyarah yang tamat kontrak, bersara atau diberhentikan sejak 2012, hanyalah kira-kira 2,000 orang dan bukannya 6,000 seperti yang didakwa.

KPT juga menjelaskan, jumlah itu tidak tertumpu kepada yang diberhentikan atas sebab tertentu sahaja, sebaliknya merangkumi bilangan pensyarah yang pencen dan yang tidak disambung kontrak.

Angka berkenaan tidak mengambil kira kemasukan pensyarah baharu sambil menegaskan ketika ini, ada lebih 32,000 pensyarah di universiti awam (UA) di seluruh negara.

SUMBER  : 

Berita Harian 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI