Soalan Kertas Peperiksaan SPM Bocor, Perlu Pengulangan?

TULAR:
1615

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) memaklumkan bahawa akan terdapat ulangan kertas peperiksaan SPM Sejarah Kertas 1 dan 2 kerana kertas tersebut telah bocor.

 

Sumber gambar : Whatsapp.

 


SEBENARNYA :

Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan bahawa kertas soalan subjek Sejarah Kertas 1 dan 2 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bocor dan peperiksaan ulangan akan diadakan pada 8 Disember 2016.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon, menerusi laman Facebook miliknya menafikan kenyataan itu.

Dalam perkara berkaitan, Lembaga Peperiksaan (LP) turut menafikan bahawa kertas Sejarah SPM bocor. Siasatan LP menunjukkan semua soalan Kertas 1 dan 2 Sejarah tidak disebarkan sebelum diedarkan kepada calon secara rasmi. Sehubungan itu, tiada peperiksaan ulangan pada 8 Disember 2016 seperti yang tular dalam media sosial, katanya.

SUMBER :

Facebook Timbalan Menteri Pendidikan

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI