Syarat Kemasukan ke MRSM Arau Dilonggarkan?

TULAR:

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial kononnya syarat kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Arau telah dilonggarkan, dengan syarat minimum keputusan Ujian Pelajaran Sekolah Rendah (UPSR) ialah 1A dan 1D, manakala bagi keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) hanya 4A dan 6C.

Sumber gambar: Mrsmbeseriperlis.

SEBENARNYA :

MARA menafikan maklumat berkaitan pelawaan kemasukan pelajar baru ke MRSM Arau dengan syarat minima 1A 1D bagi UPSR dan 4A 6C bagi peperiksaan PT3 sebagaimana yang ditularkan di media sosial. Syarat kemasukan masih kekal iaitu sekurang-kurangnya 3A 3B bagi UPSR dan 6A 4B (A bagi Sains dan Matematik) bagi peperiksaan PT3.

 

SUMBER :

Facebook Majlis Amanah Rakyat (MARA)