Syarikat Insurans Asing Tidak Patuhi Tetapan Bank Negara?

TULAR:
558
Bank Negara Malaysia (BNM)

PENJELASAN :

Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim, memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat syarikat-syarikat insurans milik asing yang tidak memenuhi undang-undang pemilikan negara Malaysia untuk mematuhi syarat 30 peratus penyertaan tempatan dalam syarikat mereka sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : Bank Negara Malaysia

Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim berkata kehadiran syarikat insurans asing dalam pasaran tempatan, yang mana ada sesetengahnya yang tidak mematuhi undang-undang pemilikan digesa agar memenuhi janji-janji mereka.

“Itulah apa yang kami minta selepas memberikan lesen (kepada syarikat insurans) untuk beroperasi di Malaysia, bagaimanapun tempoh masa bagi memenuhi janji-janji itu bergantung kepada saiz syarikat, syarikat yang lebih kecil akan berdepan dengan masalah lebih kecil dan sebaliknya,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan, syarikat insurans asing dalam pasaran domestik telah diarah untuk mencari rakan kongsi tempatan dan melibatkan rakan kongsi tempatan seperti yang termaktub dalam undang-undang pemilikan Malaysia.

SUMBER :

Bernama

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI