Syarikat Kellogg Guna Bahan Ramuan Tidak Halal ?

TULAR:

PENJELASAN :

JAKIM memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat penggunaan bahan ramuan yang tidak halal oleh Syarikat Kellogg sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Gambar . Sumber gambar : FacebookMenurut JAKIM, kilang pengeluar produk yang menjadi isu tersebut bukan berada di Malaysia. Produk yang dikilangkan di Kellogg Asia Products Sdn Bhd, Negeri Sembilan dan Kellogg Asia Marketing Inc, Mutiara Damansara merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Selain itu, perlu diketahui bahawa pengurusan dan kawalan bahan mentah bagi setiap kilang tersebut adalah berbeza mengikut negara.

Justeru, jadilah pengguna yang bijak dengan meneliti label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang pembelian dan utamakanlah produk yang mempunyai Logo Halal Malaysia atau logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

SUMBER : 
Bahagian Hab Halal JAKIM