Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2016 Ditundakan?

TULAR:
2797

PALSU :

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperjelaskan dakwaan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 16 Mac 2017 atas sebab kerosakan mesin OMR yang digunakan oleh pemeriksa kertas-kertas jawapan.

Gambar hiasan. Sumber : Facebook

KPM menjelaskan bahawa semua proses penyediaan data keputusan peperiksan SPM pada semua peringkat adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

KPM melaksanakan penjaminan kualiti bagi menjamin keputusan yang dikeluarkan adalah tepat dan sahih demi keadilan kepada  calon.

Oleh itu, KPm mengesahkan bahawa tarikh pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2016 adalah pada 16 Mac 2017.

SUMBER :

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI