Tiada Bekalan Vaksin Antirabies Di Sarawak ?

TULAR:

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tiada bekalan vaksin antirabies di Sarawak bagi mengekang penularan virus berkenaan.

Gambar hiasan. Sumber gambar: The Pietermaritzburg.

SEBENARNYA :

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, stok bekalan vaksin berkenaan adalah mencukupi dan KKM sentiasa memastikan bahawa  semua negeri menyimpan stok minimum vaksin rabies pada setiap masa sebagai langkah kesiapsiagaan sekiranya diperlukan.

“Di Sarawak, Hospital Umum Sarawak (HUS) menyimpan stok vaksin tersebut sebagai persediaan kemungkinan berlakunya jangkitan rabies dan untuk makluman, Sarawak merupakan negeri yang bebas rabies sehingga kes pertama disahkan pada 30 Jun 2017,” ujarnya.

Beliau berkata, jumlah vaksin yang diperolehi KKM dari 1 hingga 21 Julai 2017 sebanyak 2,043 vial dan sebanyak 4,517 vial lagi akan diterima pada awal Ogos 2017, menjadikan jumlah keseluruhan 6,560 vial, mencukupi untuk rawatan kepada 1,640 kes gigitan anjing yang perlu divaksin. “Berdasarkan anggaran kes gigitan anjing sekarang, Jabatan Kesihatan Sarawak masih mempunyai simpanan stok vaksin rabies yang mencukupi. Sekiranya diperlukan vaksin tambahan dalam tempoh segera, vaksin boleh dimobilisasikan dari stok vaksin di begeri-negeri lain di Malaysia,” menurutnya.

SUMBER :

Ketua Pengarah Kesihatan

Facebook Bernama

Astro Awani

Utusan Borneo