Wabak Rabies Merebak ke Bandar Miri, Sarawak?

TULAR:

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa wabak anjing gila atau Rabies  telah tersebar ke bandar raya Miri dean lima ekor anjing yang dijangkiti telah dibunuh oleh pihak Majlis Bandaraya di Kuala Baram.

Sumber gambar: Bernama.

SEBENARNYA :

Majlis Bandaraya Miri (MBM) menafikan wabak anjing gila atau rabies tersebar di bandar raya itu dan beberapa anjing telah dibunuh kerana dikesan dijangkiti wabak rabies. Datuk Bandarnya Adam Yii berkata,  MBM tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu rabies di sini kerana tiada wabak seumpama itu dikesan berlaku di sini atau di utara negeri ini. Menurut Adam, jika ada, pihak bertanggungjawab yang akan mengeluarkan kenyataan adalah Jabatan Kesihatan menerusi Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

“Hanya sekretariat pengurusan bencana ini sahaja boleh mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi dan paling tepat, bukan daripada kami (MBM) atau sesiapa pun,” jelas Adam. “Setakat ini, pemeriksaan yang kami lakukan ke atas anjing-anjing terbiar di sekitar Miri mendapati tiada berpenyakit anjing gila atau rabies,” katanya.

Mengenai berita tular kononnya lima ekor anjing dijangkiti wabak rabies dibunuh di Kuala Baram, beliau menjelaskan bahawa MBM tidak pernah mengambil tindakan membunuh mana-mana anjing berpenyakit atau liar di tempat awam. Sebaliknya, penguat kuasa menembak anjing terbabit menggunakan ubat pelali yang menyebabkan anjing tersebut pengsan bagi memudahkan kerja-kerja membawanya balik tempat perlindungan sementara.

SUMBER :

Utusan Borneo

Bernama

New Straits Times