30 September 2016 Adalah Tarikh Akhir Daftar Undi?

TULAR:
785

PENJELASAN :

Suruhanjaya Pilihanraya memperjelaskan dakwaan bahawa 30 September 2016 adalah tarikh tutup yang melayakkan seseorang untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) jika diadakan pada Mac 2017 yang menjadi tular di media sosial.

Sumber gambar : SPR

Menurut Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah menjelaskan tarikh 30 September 2016 adalah tarikh akhir bagi pendaftaran yang akan dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga 2016.

Selepas tarikh itu, bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2016 mana-mana orang yang mendaftar dalam tempoh itu akan dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan bagi suku keempat 2016.

SUMBER : 

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Berita Harian

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI