Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 Guna Kuasa Mahkamah Untuk Halang Hak Bersuara?

TULAR:
292

PENJELASAN :

Jabatan Perdana Menteri memperjelaskan mengenai peranan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dan hak individu di sisi mahkamah undang-undang di bawah akta baharu tersebut.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, Akta Antiberita Tidak Benar 2018 merupakan undang-undang berunsur pencegahan bagi memberi mesej jelas bahawa setiap individu mesti bertanggungjawab terhadap perkongsian maklumat yang benar, sihat dan sahih.

Selain itu, ujarnya lagi, akta itu juga merupakan yang pertama seumpamanya di dunia yang memberi kuasa kepada mahkamah untuk menentukan sesuatu berita itu benar atau tidak benar.

“Akta ini juga bersifat ‘quasi criminal’ yang turut memberi peluang kepada semua orang untuk mendapat perlindungan melalui permohonan perintah mahkamah untuk menurunkan sesuatu berita tidak benar yang memberi kesan buruk kepada mana-mana pihak,” katanya menambah, ia bagi memastikan hak rakyat yang menjadi mangsa untuk mempertahankan diri mereka dan mendapat keadilan sewajarnya.

SUMBER :

Berita Harian

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI