Akta Antiberita Tidak Benar 2018 Digunakan Untuk Menyekat Kebebasan Para Wartawan Dalam Melaporkan Berita?

TULAR:
183

PENJELASAN:

Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak memperjelaskan dakwaan bahawa Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang telah diluluskan dan diwartakan akan digunakan untuk menyekat kebebasan para wartawan dalam melaporkan berita.

Sumber: Facebook

Menurut Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, akta itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Beliau menolak kebimbangan sebilangan para wartawan kononnya akta baharu itu akan digunakan untuk menyekat kebebasan mereka dalam melaporkan berita.

“Tetapi saya ingin maklumkan, pandangan ini tidak tepat lagi, tidak benar kerana antaranya, di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, melalui Seksyen 8A telah menjadi kesalahan untuk menyiarkan berita palsu.

“Meskipun terdapat peruntukan undang-undang sedia ada, masalah bagi membendung penyebaran berita tidak benar, tidak dapat dikawal secara efektif dan menyeluruh, berikutan perkembangan semasa teknologi maklumat yang semakin pantas serta kompleks.”

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI