PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat aktiviti menabur paku yang telah berlaku di beberapa lokasi di sekitar jalan dari Trong ke Pantai Remis dan Sungai Baru ke Bagan Panchur, Taiping.
SEBENARNYA:
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan kejadian aktiviti menabur paku di beberapa lokasi di sekitar jalan dari Trong ke Pantai Remis dan Sungai Baru ke Bagan Panchur.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, siasatan dijalankan pihaknya ke lokasi tidak menemui sebarang objek seperti dilaporkan.
SUMBER :
Facebook Polis Diraja Malaysia