Amaran Ramalan Cuaca Kononnya Dari Prof. Shahrul Shauqi Bagi Tarikh 26-29 Disember 2021 Adalah Tidak Tepat

TULAR:
2639

Menurut Siaran Media Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia):

MET Malaysia mengklasifikasikan maklumat berkenaan “WARNING for December 26, 27, 28, 29 by Prof. Shahrul Shauqi” yang sedang tular di pelbagai platform media sosial serta aplikasi WhatsApp sebagai tidak sah.

MET Malaysia juga mengesan maklumat kurang tepat telah digunakan dan boleh menimbulkan panik dalam kalangan orang awam.

Sebaliknya MET Malaysia meramalkan berlaku luruan monsun pada 27 – 30 Disember 2021.

Keadaan ini akan berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Johor Timur, Sabah Timur dan Sarawak Barat dalam tempoh 28 – 30 Disember 2021.

Angin kencang dan laut bergelora diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuklah kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung pada 26 – 30 Disember 2021.

Orang awam yang merancang perjalanan ke kawasan-kawasan berkenaan dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat terkini,

SUMBER:

Twitter Rasmi MET Malaysia (1)

Twitter Rasmi MET Malaysia (2)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI