Anggota ATM Bertindak Tahan Individu Di Jalan Gapam, Melaka Kerana Mencuri Tabung Masjid Dan Pecah Tokong

TULAR:
3531

Polis menafikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah bertindak agresif ketika melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Gapam, Bemban.

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan sebaliknya gambar itu adalah ketika anggota tentera menahan seorang lelaki berusia 21 tahun yang dipercayai cuba meloloskan diri selepas melakukan jenayah melibatkan masjid dan tokong di sekitar daerah tersebut.

Menurutnya lagi, kejadian lebih kurang jam 1.45 petang, beberapa anggota polis dan tentera sedang mengadakan SJR berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda Ex5 dipercayai cuba melarikan diri.

“Individu itu cuba melarikan diri dengan bertindak meninggalkan motosikalnya namun disedari anggota keselamatan yang kemudian cuba menahannya, namun berlaku pergelutan sebelum suspek berjaya ditahan.

“Siasatan awal yang dilakukan mendapati suspek telah mencuri tabung masjid dan pecah tokong selain pemeriksaan terhadap beg sandang dibawanya juga menemui peralatan untuk menghisap dadah.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI