Anggota Polis Hanya Bantu Pergerakan Pedati Bagi Mematuhi SOP Yang Telah Ditetapkan

TULAR:
3017

Menurut Kenyataan Media Ketua Polis Daerah Dang Wangi:

Pihak Polis telah terkesan satu video bantuan penugasan Polis sewaktu kawalan pergerakan membawa pedati sempena sambutan Thaipusam 2021 telah ditularkan di media sosial.

Hasil semakan mendapati video tersebut dirakam sewaktu pihak Polis membantu mempercepatkan pergerakan arca setelah diminta oleh pihak penganjur kerana hanya 10 orang saja yang dibenarkan terlibat dalam pergerakan arca tersebut bagi mematuhi ‘Standard Operating Procedure’ yang ditetapkan oleh kerajaan. Video yang dirakam pada 27 Januari 2021, jam lebih kurang 3.00 pagi di Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H. S Lee itu memaparkan petugas Polis membantu pergerakan arca dan kesemua pegawai dan anggota polis yang terlibat adalah berbangsa India.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan diminta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis KL
Sinar Harian
Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI