Angkatan Pertahanan Awam Kutip Wang Pendaftaran Sukarelawan?

TULAR:
2431

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan kononnya individu yang berminat menjadi sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) perlu membayar wang pendaftaran sebanyak RM5.

Sumber gambar: Metro

SEBENARNYA :

APM menafikan dakwaan pihaknya mengenakan bayaran RM5 kepada individu yang mendaftar sebagai sukarelawan APM sebagaimana maklumat yang tular menerusi Whatsapp baru-baru ini.

APM memaklumkan bahawa maklumat berkenaan adalah palsu berikutan pendaftaran sebagai sukarelawan adalah percuma dan tiada arahan dikeluarkan untuk mengutip bayaran.

SUMBER :

Facebook Jabatan Pertahanan Awam

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI